Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

jom klik2

Friday, November 6, 2009

AIRCOND SERVICE,WIRING ELEKTRIK,PLUMBING DAN RENOVATION

kami menyediakan perkhidmatan:
-aircond service
-wiring elektrik
-plumbing work
-atap bocor
-mengecat rumah
-renovation rumah
hanya merangkumi kawasan kl dan selangor sahaja.
untuk keterangan lanjut sila hubungi:
En. SHAM
H/P: 019-289 8784

Tuesday, November 3, 2009

Organisasi: Kemahiran dan Kualiti Kepimpinan






Dalam sesebuah organisasi terdapat banyak aras kepimpinan. Aras kepimpinan ini biasanya ditentukan secara formal berasaskan tanggungjawab, peranan dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut hiraki pada struktur perjawatan organisasi berkenaan. Secara mudah, lagi tinggi atau/dan penting fungsi jawatan seseorang, maka lagi tinggilah aras kepimpinannya. Namun begitu, samaada seseorang itu pemimpin atasan, pertengahan atau bawahan, ianya tetap juga seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, tanggungjawab dan peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Setiap pemimpin bertanggungjawab menentukan masa hadapan organisasi. Dalam hal ini, seorang pemimpin boleh diumpamakan seperti kapten kapal yang mengetuai satu misi pelayaran. Kapal sebagai oganisasi, kelasi  sebagai para pengikut (pekerja) dan penumpang pula merupakan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk mempastikan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju, serta dapat memenuhi hasrat penumpang, kapten perlu melaksanakan tugas-tugas kepimpinan, antaranya seperti menetapkan arah dan laluan yang perlu dilalui serta merancang tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan semasa pelayaran dan pelbagai tindakan alternatif yang akan diambil sekiranya menghadapi masaalah di lautan yang bergelora.
Secara umum, kemahiran kepimpinan boleh dilihat sebagai gandaan daripada empat elemen utama, yang merupakan kebolehan-kebolehan yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin, iaitu:  
~   Kebolehan menggunakan kuasa dengan efektif dan bertanggungjawab.
~   Kebolehan memahami bahawa manusia memerlukan motivasi yang berbeza pada waktu dan situasi yang berlainan.
~   Kebolehan merangsang para pengikut.
~   Kebolehan bertindak dengan cara yang boleh menerbitkan suasana yang bermotivasi.
Sementara kualiti kepimpinan pula (spt. dinyatakan oleh Warren Bennis – The Leadership Advantage, 1999) boleh dilihat sebagai gabungan daripada tujuh elemen utama, yang merupakan attribut yang diperlukan pada seseorang pemimpin. Ringkasnya, tujuh elemen tersebut adalah:   
~   Technical competence –  kepakaran dalam aktiviti / perniagaan organisasi.     
~   Conceptual skill- fasiliti bagi pemikiran yang abstrak atau strategik.
~   Track record –  latarbelakang pengalaman dan kejayaan masa lalu. 
~   People skills-  kebolehan berkomunikasi, memotivasi dan mendelegasi.
~   Taste –  kebolehan mengenalpasti dan membangunkan bakat.
~   Judgement – kebolehan membuat keputusan yang sukar dalam masa yang singkat dengan menggunakan maklumat yang terhad.
~   Character –  kualiti yang mencerminkan siapakah pemimpin tersebut.

Sesungguhnya, kemahiran dan kualiti kepimpinan adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya.    

kemahiran mendengar

ANTARA masalah yang sering kali menimpa pelajar ialah rasa mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian ketika mengikuti kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru.
Ada pula yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan.
Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif (active listening) yang tersenarai di bawah ini.
1. Kedudukan: Penglihatan anda terhadap guru perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian anda dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas.
2. Maklum balas: Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.
3. Berinteraksi: Anda boleh memajukan soalan secara ikhlas tetapi bukan tujuan untuk menguji guru tersebut atau untuk menonjolkan diri tanpa sebab.
Soalan-soalan tersebut biarlah berkaitan dengan topik perbincangan sama ada meminta penjelasan yang lebih kukuh atau memberi pendapat. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan.
Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walau bagaimanapun anda tidak digalakkan mencelah ketika guru itu bercakap agar penyampaian guru tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh guru itu lengkap.
4. Catatan: Catatan bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.
Melalui catatan dengan tidak secara langsung anda sudah mempunyai hubungan atau pautan aliran komunikasi antara anda dan guru.
Pautan ini mampu mengelakkan anda daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar.
Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan.
Sesungguhnya kaedah pendengaran secara aktif sepertimana yang dicadangkan mampu menguatkan lagi pemahaman anda terhadap topik yang dikemukakan.
Pemahaman terhadap sesuatu topik pembelajaran menjadi penggerak ke arah peningkatan usaha.
Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut.
Jadilah seorang pendengar yang aktif ke arah penumpuan yang lebih efektif.

__________

kisah sedih diri ku


kisah hari ehi ku ada sikit naik anggin bukan pe semua keja ku nak kena buat dah lah nak kena hantar skrip dan storyboard cerita esok member yg lain boleh je buat bodoh...aduhh..... sakit.... sakit..... nasib baik skrip cerita dan nak siap bolenlah ku tido lena mlm ne.... nak harapkan dia orang tak siaplah nampaknye skrip 2. ok  loh 2 je yg dpt ku perkatakan tuk ari ne salam syg dari ku maelsoul adius,,,,,,,,,,,,

Sunday, November 1, 2009

salam perkenalan


saya merupakan seorang pelajar multimedia kreatif animasi disebuah kolej di kuala lumpur. cita2 sy ialah untuk menjadi seorang animator yang terkenal dan menaikan prodak animasi melaysia ke peringkat dunia. pada suai kenal hari ne sy hendak bicarakan tentang firma perfileman malaysia negara kita kerana sy sangat terkilan dengan sesetenagh penduduk kita kerana bila menyebut pasal firma perfileman melaysia ada yang tidak suka kata mereka "cerita melayu apa barang tengok ke tak tengok sama je tak macam filem luar best dan banyak grafik menarik dan tak rugi menonton". ape ne kita orang tempatan jika kita tak suport firma perfileman kita siapa lagi, jangan fikir filem melaysia tak bagus cuba tengok cicik-men, upin&ipen dan banyak lagi. mereka telah membuka mata dunia sampai mereka mendapat anugrah dekat luar negara tanyangan cerita grafik yang bagus..... so kita kembali ke masa dahulu, cerita zaman Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh a.k.a P Ramlee, beliau berpindah @ berhijrah dari singapura ke negara kita untuk mencuba bakat hingga beliau berjaya menjadi langinda hero malaysia dan membawa nama ke luar negara sedangkan beliau boleh menjadi lebih propuler di singapura tapi beliau memilih negara kita tapi kenapa? kerana filem malaysia pada zaman dahulu sangat bagus dan rakyat kita lebih suka menonton filem tempatan dari filem luar kerana mereka suport filem melayu betul x ape yang sy perkatakan. oleh itu sama2lah kita menganugrahkan al-fetihah kepada allmarhum Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh a.k.a P Ramlee, dan tidak dilupakan juga kepada semua pelakon yang telah meninggalkan kita semoga roh mereka aman disana anin... so fikir2 lah bila kita perkatakan tentang firma perfileman melayu, akhir kata dari sy lu fikir lah sendiri bak kata si nabil. sekian terima kasih... adiuss...