Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

jom klik2

Sunday, December 19, 2010

LAPOR.. LAPOR... LAPOR... siapa yg blh aq mkn... lapor (^_^)

My name is Isabella White. I am a public relations manager in Digeus, Inc. We would like to giveaway 10 licenses of Windows 7 Registry Optimizer Program among you and your readers in exchange for the review of Windows 7 Registry Optimizer Program. 

The review may be written in any language you want, on any blog/forum and have minimum 100 words. You may organize a contest among your readers or just post this information on your blog, it is up to you. Your readers shouldn’t contact me directly with their reviews as you may send me a list of their names and links to their reviews and then I will issue you licenses. The license of the Windows 7 Registry Optimizer Program to be issued has no limitations and expiration date. It is equal to the license as if you bought the product.

Here is brief information about Windows 7 Registry Optimizer Program:

Windows 7 Registry Optimizer Program offers easy-to-use optimization tools to speed up and improve the stability of your Windows 7, Windows Vista, or Windows XP PC. Regardless of your level of expertise, Windows 7 Registry Optimizer Program safely cleans, repairs, and optimizes the registry and automatically backs up changes for future recovery. Now includes essential tools to fix Windows security loopholes. Permanently erase your Internet activity, personal files, and free space to keep your information away from prying eyes.

Download and install Windows 7 Registry Optimizer Program:
http://digeus.com/downloads/regcleaner/files/5/regcleaner_5_5.exe

Learn more about Windows 7 Registry Optimizer Program:
http://www.digeus.com/products/regcleaner/windows-7-registry-optimizer-program.html

Feel free to include a link to your article:
http://www.digeus.com/products/regcleaner/windows-7-registry-optimizer-program.html">Windows 7 Registry Optimizer Program

If you have any questions about our products, don't hesitate to ask them.

Sincerely,
Isabella White,
Public Relations Manager,
Digeus, Inc

Sunday, May 30, 2010

formspring.me

how im I ?, what is life? http://formspring.me/soulabel

Saturday, May 29, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/soulabel

Friday, November 6, 2009

AIRCOND SERVICE,WIRING ELEKTRIK,PLUMBING DAN RENOVATION

kami menyediakan perkhidmatan:
-aircond service
-wiring elektrik
-plumbing work
-atap bocor
-mengecat rumah
-renovation rumah
hanya merangkumi kawasan kl dan selangor sahaja.
untuk keterangan lanjut sila hubungi:
En. SHAM
H/P: 019-289 8784

Tuesday, November 3, 2009

Organisasi: Kemahiran dan Kualiti Kepimpinan






Dalam sesebuah organisasi terdapat banyak aras kepimpinan. Aras kepimpinan ini biasanya ditentukan secara formal berasaskan tanggungjawab, peranan dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut hiraki pada struktur perjawatan organisasi berkenaan. Secara mudah, lagi tinggi atau/dan penting fungsi jawatan seseorang, maka lagi tinggilah aras kepimpinannya. Namun begitu, samaada seseorang itu pemimpin atasan, pertengahan atau bawahan, ianya tetap juga seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, tanggungjawab dan peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Setiap pemimpin bertanggungjawab menentukan masa hadapan organisasi. Dalam hal ini, seorang pemimpin boleh diumpamakan seperti kapten kapal yang mengetuai satu misi pelayaran. Kapal sebagai oganisasi, kelasi  sebagai para pengikut (pekerja) dan penumpang pula merupakan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk mempastikan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju, serta dapat memenuhi hasrat penumpang, kapten perlu melaksanakan tugas-tugas kepimpinan, antaranya seperti menetapkan arah dan laluan yang perlu dilalui serta merancang tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan semasa pelayaran dan pelbagai tindakan alternatif yang akan diambil sekiranya menghadapi masaalah di lautan yang bergelora.
Secara umum, kemahiran kepimpinan boleh dilihat sebagai gandaan daripada empat elemen utama, yang merupakan kebolehan-kebolehan yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin, iaitu:  
~   Kebolehan menggunakan kuasa dengan efektif dan bertanggungjawab.
~   Kebolehan memahami bahawa manusia memerlukan motivasi yang berbeza pada waktu dan situasi yang berlainan.
~   Kebolehan merangsang para pengikut.
~   Kebolehan bertindak dengan cara yang boleh menerbitkan suasana yang bermotivasi.
Sementara kualiti kepimpinan pula (spt. dinyatakan oleh Warren Bennis – The Leadership Advantage, 1999) boleh dilihat sebagai gabungan daripada tujuh elemen utama, yang merupakan attribut yang diperlukan pada seseorang pemimpin. Ringkasnya, tujuh elemen tersebut adalah:   
~   Technical competence –  kepakaran dalam aktiviti / perniagaan organisasi.     
~   Conceptual skill- fasiliti bagi pemikiran yang abstrak atau strategik.
~   Track record –  latarbelakang pengalaman dan kejayaan masa lalu. 
~   People skills-  kebolehan berkomunikasi, memotivasi dan mendelegasi.
~   Taste –  kebolehan mengenalpasti dan membangunkan bakat.
~   Judgement – kebolehan membuat keputusan yang sukar dalam masa yang singkat dengan menggunakan maklumat yang terhad.
~   Character –  kualiti yang mencerminkan siapakah pemimpin tersebut.

Sesungguhnya, kemahiran dan kualiti kepimpinan adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya.    

kemahiran mendengar

ANTARA masalah yang sering kali menimpa pelajar ialah rasa mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian ketika mengikuti kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru.
Ada pula yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan.
Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif (active listening) yang tersenarai di bawah ini.
1. Kedudukan: Penglihatan anda terhadap guru perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian anda dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas.
2. Maklum balas: Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.
3. Berinteraksi: Anda boleh memajukan soalan secara ikhlas tetapi bukan tujuan untuk menguji guru tersebut atau untuk menonjolkan diri tanpa sebab.
Soalan-soalan tersebut biarlah berkaitan dengan topik perbincangan sama ada meminta penjelasan yang lebih kukuh atau memberi pendapat. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan.
Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walau bagaimanapun anda tidak digalakkan mencelah ketika guru itu bercakap agar penyampaian guru tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh guru itu lengkap.
4. Catatan: Catatan bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.
Melalui catatan dengan tidak secara langsung anda sudah mempunyai hubungan atau pautan aliran komunikasi antara anda dan guru.
Pautan ini mampu mengelakkan anda daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar.
Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan.
Sesungguhnya kaedah pendengaran secara aktif sepertimana yang dicadangkan mampu menguatkan lagi pemahaman anda terhadap topik yang dikemukakan.
Pemahaman terhadap sesuatu topik pembelajaran menjadi penggerak ke arah peningkatan usaha.
Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut.
Jadilah seorang pendengar yang aktif ke arah penumpuan yang lebih efektif.

__________